Isnin, 19 Januari 2009

SELAMAT TINGGAL BUSH DAN SELAMAT DATANG OBAMA

SELAMAT TINGGAL BUSH DAN SELAMAT DATANG OBAMA

Bush,
meski akan kautinggalkan Amerika
dengan seribu kutukan
tapi aku tahu bahawa agendamu
masih belum kesampaian

Selamat datang Obama
dengan tugas baharu
menyambung agenda demi agenda
yang tak tertunaikan

Aku di Kuala Lumpur
melihat dengan mata simpati
rundingan masa lalu
yang masih tidak bernokhtah
menanti diluluskan

Selamat datang Obama
ke dunia perang salib
yang menuntut
erti iman dan makna amal.

Shamsudin Othman
Madaras Sham al-Johori,
Kuala Lumpur.

1 ulasan:

  1. SALAM SDR SHAM
    SAYA MULAI MELETAKKAN COGAN KATA,"HAPUSKAN PPSMI: SELAMATKAN BAHASA KEBANGSAAN" PADA PAPARAN BLOG .BARANGKALI KALAU SEMUA KAWAN-KAWAN KITA BOLEH BERBUAT SAMA , KITA DAPAT MEMBANTU TEMPO PENENTANGAN TERHADAP PPSMI YANG SEDANG BERGELOMBANG DI SEKITAR.

    BalasPadam